CSS

Hadith Maudhu' (palsu)

“همة الرِّجَالِ تُريلُ الجِبَالِ”
“Himmah (keteguhan niat) seorang lelaki dapat meleburkan (menghilangkan) gunung-ganang”

Ini bukan hadis. Syeikh al-Ajluni dalam kitab Kasyful-Khafa berkata, “Saya tidak menyatakannya sebagai hadis. Akan tetapi, terdapat sebahagian ulama yang meriwayatkan daripada Syeikh Ahmad al-Ghazali bahawa beliau berkata, Rasulullah saw. telah bersabda, ‘Himmatur Rijaali taqla’ul jibaala .”

Saya telah merujuk dan meneliti seluruh kitab sunnah namun tidak saya dapati di dalamnya. Adapun apa yang diutarakan Syekh Ahmad al-Ghazali tentang hadits tersebut tidaklah dapat dibuktikan dan tidak pula dibenarkan sebab ia tidak termasuk pakar hadits. Namun, ia seperti saudara kandungnya yakni Muhammad al-Ghazali, termasuk fuqaha sufi. Dalam Ihya Ulumuddin ia memang banyak mengutarakan hadits dan menisbatkannya kepada Rasulullah saw., tetapi oleh al-Hafidz al-Iraqi dan lainnya dinyatakan tidak ada sumber asalnya (tidak sahih).