Hadis itu maudhu’. Saya sendiri pernah mendengar kata-kata ini diucapkan oleh seorang tokoh yang sedang menyampaikan rancangan radio di Damsyik pada bulan Ramadhan.
Abu Naim telah menyatakannya dalam kitab Huliyyatul-Auliya II/196, kemudian ia berkata, “Itu hadits gharib (asing).”
Pada pendapat saya, sanadnya adalah maudhu’ (palsu) kerana dia tidak menyebut sesiapa pun selepas az-Zuhri dalam kitab-kitab hadis selain Abdullah bin Sa’ad ar-Raqi dan dia terkenal sebagai pendusta. Ad-Daru Quthni mengisytiharkan dia pendusta, dengan berkata, “Dia adalah pemalsu hadith”